Mengidam Gula? Mengapa dan Bagaimana untuk Menghentikannya?

Gula, kristal putih yang kita tambahkan ke dalam minuman, kek dan manisan yang menambah bukan sahaja rasa pada makanan, tetapi juga berat apabila anda menimbang berat badan. Kita semua tahu bahawa mengambil terlalu banyak gula tidak baik untuk tubuh badan kita, jadi mengapa kita mengidam lebih banyak gula?

Mengapa kita mengidam gula?

Apabila kita mengambil gula, otak kita mentafsirkan kemanisan sebagai satu bentuk ganjaran. Mengambil gula mencetuskan pembebasan hormon rasa baik (dopamin) dalam badan kita, yang membuatkan anda berasa bermotivasi dan gembira.[1] Ini membuatkan otak kita berasa bagus, lalu menyebabkan otak kita menginginkan lebih lagi. Dalam jangka masa panjang, badan kita akan terbiasa dengan pengambilan gula yang tinggi, dan lebih banyak gula akan diperlukan untuk mendapatkan perasaan yang sama. Proses ini menyebabkan badan kita bertambah berat dan meningkatkan risiko penyakit.

Bagaimanakah kita boleh melawan keinginan gula?

Nampaknya sangat sukar untuk menahan diri daripada mengiginkan gula, tetapi ia tidak mustahil. Jika anda berasa seperti anda sedang makan lebih banyak gula-gula dan ingin menghentikannya, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk melawan keinginan itu.

1) Lakukan sedikit demi sedikit

Pertama sekali, melawan keinginan terhadap gula tidak bermakna menghentikan diri anda daripada makan apa-apa yang bergula! Jika anda melakukannya dengan cara itu, kecenderungan anda untuk makan lebih banyak gula akhirnya akan meningkat. Melawan keinginan gula adalah perjalanan yang panjang, dan langkah pertama adalah penting. “Daripada tambah 3 sachet gula kepada kopi anda, mulakan perubahan dengan mengurangkannya kepada 2 sachet gula”

2) Buat perubahan pada diet harian anda.

Satu lagi cara untuk melawan keinginan gula adalah dengan mengekalkan paras gula yang sihat dalam tubuh anda. Apabila memakan terlalu banyak karbohidrat dan makanan manis, ia menyebabkan peningkatan mendadak dalam paras gula darah anda, yang menyebabkan anda berisiko untuk terus mengidam gula. Menambah protein dan sayur-sayuran dalam makanan anda akan mengimbangi paras gula darah anda.[2] Daripada hanya roti putih, menambahnya dengan dua telur dan beberapa jenis sayuran boleh membuatkan anda berasa kenyang sambil mengekalkan paras gula dalam darah yang sihat. Selain itu, pengambilan BElixz Slendglow boleh membantu dalam meningkatkan kawalan selera makan anda, dan mengelakkan anda dari makan berlebihan.

3) Elakkan gula tambahan

Apabila kita ingin mengurangkan risiko mengidam gula, makanan dengan gula tambahan akan menjadi perkara yang kita mahu elakkan. Kita perlu berhati-hati dengan makanan seperti sos, soda, roti serta granola.[3] Elakkan makan terlalu banyak bahan makanan yang diproses ini, dan gantikannya dengan makanan berkhasiat seperti roti gandum, air yang diselitkan dengan buah-buahan, atau anda juga boleh membuat sos anda sendiri dengan bahan-bahan yang sihat.

4) Pilih snek manis yang lebih sihat

Dalam perjalanan melawan keinginan terhadap gula, boleh difahami bahawa kita ingin makan sesuatu yang manis. Kalau tidak kita akan rasa murung sepanjang hari. Dalam hal itu, pilihlah makanan manis yang lebih baik. Buah-buahan bukan sahaja mengandungi fruktosa yang mengeluarkan rasa manis, tetapi ia juga memberikan anda pelbagai vitamin, mineral dan antioksidan yang diperlukan oleh tubuh anda untuk kesihatan yang lebih baik. Jadi, buatlah pilihan yang bijak dan pergi ke alternatif yang lebih baik.[4]

5) Nikmati setiap suapan

Apabila kita bercakap tentang melawan keinginan gula, ini bermakna anda harus mengurangkan makanan manis dalam kehidupan seharian anda. Daripada makan sekeping kek coklat hanya dalam beberapa suap, nikmatilah setiap suapan. Ini kerana apabila kita tidak fokus pada apa yang kita makan, kepuasan akan menjadi lebih rendah dan kita akan menginginkan lebih lagi.[5] Ambil 30 minit dan nikmati kepuasan manis setiap kali.

Melawan keinginan untuk makanan manis tidak pernah mudah, dan ia adalah perjalanan yang panjang yang memerlukan disiplin dan kemahuan yang berterusan. Melawan keinginan gula tidak bermakna anda harus berhenti mengambil gula sepenuhnya, tetapi ini bermakna membuat pilihan yang lebih baik dan makan secara sederhana.

Referensi

1. Frontiers in psychiatry, 2018

2. Neuroscience & Behavioural Review, 2002

3. American Journal of Lifestyle Medicine

4. Obesity Research, 2001 5. Appetite, 2019