3 Cara Memastikan Produk Makanan Ditapai dengan Baik

Apakah itu makanan yang ditapai?

Makanan yang ditapai ditakrifkan sebagai makanan atau minuman yang dihasilkan melalui pertumbuhan mikrob terkawal dan tindak balas enzim. Sejarah penapaian bermula dari 12,000 tahun yang lalu, dengan tujuan untuk pengawetan makanan, menambahbaik rasa dan meningkatkan jangka hayatnya. Kini semakin banyak kajian telah menemui kebaikan makanan yang ditapai untuk tubuh manusia. Ini termasuk kesan anti-oksidan, meningkatkan metabolisme keseluruhan, kesan anti-radang dan banyak lagi.[1] Jadi bagaimanakah kita hendak mengenal pasti produk makanan yang ditapai dengan kualiti yang baik?

Kepelbagaian Buah-buahan dan Sayuran yang Tinggi

Seperti yang kita sedia maklum, memakan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran sentiasa disyorkan. Ini kerana pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan nutrien yang berbeza, komponen aktif untuk kesihatan keseluruhan di dalam tubuh badan. Oleh itu, penapaian menggunakan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran akan memberikan manfaat kesihatan yang lebih baik berbanding dengan hanya makanan tunggal.[2]

Kawalan kualiti

Walaupun terdapat banyak potensi manfaat dalam pengambilan makanan yang ditapai, satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah risiko keracunan makanan. Keselamatan dan kawalan kualiti makanan adalah penting semasa proses penapaian makanan, sama ada anda menyediakan penapaian makanan di rumah atau semasa proses pembuatan. Cari pensijilan seperti Good Manufacturing Practice (GMP) diperlukan untuk memastikan kualiti produk dari proses pembuatan sehingga pengambilan makanan tersebut.[3]

Tempoh Penapaian yang Panjang

Apabila produk makanan mengalami penapaian, zarah makanan akan terurai secara semula jadi. Semakin banyak masa yang digunakan untuk penapaian, semakin kecil zarah makanan akan tersedia untuk diserap. Selain daripada itu, penapaian yang lebih lama memastikan komponen bioaktif dikeluarkan dengan baik sepanjang proses dan kita dapat memperolehi yang terbaik daripada penapaian itu sendiri.[4]

BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL ialah pati yang ditapai secara semula jadi daripada 98 jenis tumbuhan terpilih, menjalani 8 tahun penapaian semula jadi sambil memastikan kualiti produk. Selain itu, ia telah terbukti secara klinikal dapat meningkatkan kesihatan metabolik, meningkatkan kesan antioksidan dan membantu dalam merangsang pergerakan usus.

Rujukan

  1. Critical reviews in food science and antioxidants, 2017
  2. Current Opinion in Biotechnology, 2017
  3. International Society of Pharmaceutical Engineering.
  4. Polish Journal of Food and Nutrition Sciences, 2014