Apakah yang diperlukan oleh kulit untuk kekal sihat semula jadi?

Anda adalah apa yang anda makan, jadi apa sahaja yang anda makan boleh membantu atau memudaratkan anda. Salah satu organ yang boleh kita perbaiki melalui pemakanan ialah kulit kita. Dengan memakan makanan dan mendapatkan nutrien semula jadi yang betul, kulit kita dapat berseri dengan hebat sekali. Nutrien yang baik untuk kulit anda termasuk:

Kolagen

Kolagen adalah salah satu protein yang paling banyak terdapat dalam tubuh manusia. Antara fungsinya, ialah untuk menyatukan tisu badan dan mengekalkan keanjalan kulit. Suplemen kolagen didapati dapat meningkatkan keanjalan kulit, meningkatkan penghidratan dan penyembuhan luka, di samping menghalang penuaan kulit.[1]

Maqnifiq Product with collagen

Seramida

Seramida adalah asid lemak yang terdapat secara semula jadi dalam sel kulit. Seiring dengan usia kita, kandungan seramida dalam kulit kita semakin berkurangan yang akan menyebabkan kulit kita menjadi kusam dan kering. Seramida membentuk penghalang yang dapat mengurangkan kehilangan lembapan. Dengan itu, dapat menghalang kekeringan dan kerengsaan kulit.

Selain itu, seramida juga melindungi kulit anda daripada kerosakan persekitaran.[2] Dengan menambah semula lapisan pelindung kulit anda, anda dapat meningkatkan penghidratan kulit sambil mengurangkan kerengsaan kulit dan kemunculan garis halus.

Ekstrak Rosemary & Limau Semula Jadi

Kulit kita mungkin menua secara semula jadi, tetapi sinaran ultraungu (sinar UV) sebenarnya mempercepatkan lagi proses tersebut. Penuaan yang terdedah kepada cahaya dipanggil photoaging. Apabila kulit kita terdedah kepada sinaran UV, ia akan menambahkan kerosakan, menyebabkan kulit kasar dan kedutan dalam. Polifenol yang terkandung dalam ekstrak rosemary dan limau gedang pula, dapat melindungi kulit anda daripada sinaran UV. Sekaligus, mengurangkan kadar photoaging.[3]

Selain daripada perlindungan terhadap sinaran UV, ekstrak rosemary dan limau gedang juga didapati dapat melawan tekanan oksidatif pada kulit anda. Gabungan kedua-dua ekstrak memberikan  kesan antioksidan untuk kulit kita.[4] Kesan ini melawan radikal bebas dalam kulit, yang menghalang kerosakan dan mengurangkan kemerahan kulit.

Walaupun produk penjagaan kulit, dapat membantu untuk melindungi kulit kita secara luaran. Ia dapat di maksimumkan apabila dipadankan dengan tabiat yang meningkatkan kesihatan kulit kita. BElixz MAQNIFIQ mengandungi formulasi kolagen, fitoceramide, ekstrak semula jadi rosemary dan limau gedang yang dapat membantu untuk mencantikkan kulit anda. Ia dapat membantu untuk melindungi dan memperbaiki semula struktur kulit, mengurangkan kesan kedutan, meningkatkan penghidratan pada kulit dan melindungi kulit anda dari sinar ultraungu.

Rujukan

1. Nutrients, MDPI, 2019

2. Cosmetics, MDPI, 2017

3. Biosci Biotechnol Biochem, 2004 4. Free Radical Biology & Medicine, 2002