5 Kelebihan Unik tentang Kopi untuk Diketahui

Minuman kopi terkenal sebagai minuman kegemaran ramai dan keupayaannya untuk meningkatkan fokus dan tahap tenaga anda bukan lagi suatu rahsia.

Malah, ramai di antara kita gemar memulakan pagi mereka dengan secangkir kopi sebelum melakukan sebarang rutin atau pekerjaan harian.

Selain daripada kesannya yang memberikan tenaga, kopi juga mempunyai banyak lagi khasiat kesihatan yang anda perlu ketahui.

1. Meningkatkan tahap tenaga tubuh badan

Kafein, sejenis perangsang sistem saraf yang terdapat di dalam kopi dikenali dengan keupayaannya mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga tubuh anda. Ini disebabkan kafein menghalang adenosin (juga dipanggil sebagai reseptor neurotransmitter), dan dapat meningkatkan tahap neurotransmitter di dalam otak yang mengawal tahap tenga tubuh anda termasuk dopamin. Kajian juga mendapati bahawa pengambilan kafein dapat meningkatkan masa untuk keletihan ketika latihan berbasikal sebanyak 12% dan secara ketara mengurangkan tahap keletihan kepada peserta.

2. Perlindungan daripada Diabetes Jenis 2 (Type 2)

Beberapa kajian mencadangkan bahawa pengambilan kopi dengan kerap dikaitkan dengan penurunan Diabetes Jenis 2 untuk jangka masa panjang. Hampir 30 kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan secawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko menghidap penyakit Diabetes Jenis 2 sebanyak 6%. Ini kerana keupayaan kopi dalam mengekalkan fungsi sel beta di dalam pankreas, yang bertanggungjawab untuk menghasilkan insulin bagi mengawal paras gula dalam darah. Selain itu, kopi juga kaya antioksidan yang boleh menjejaskan sensitiviti insulin, keradangan dan metabolisme – semuanya berkaitan dengan penyakit Diabetes Jenis 2.

3. Menyokong kecerdasan otak

Walaupun terdapat banyak dapatan kajian yang berbeza-beza, beberapa kajian tertentu menunjukkan bahawa kopi membantu untuk melindungi daripada gangguan neurodegeneratif seperti penyakit Alzheimer dan Parkinson. Satu daripada 13 kajian mendapati pengambilan kafein secara kerap dapat mengurangkan risiko penyakit Parkinson. Pengambilan kafein juga membantu untuk memperlahankan perkembangan penyakit Parkinson dari semasa ke semasa. Satu lagi daripada 11 kajian daripada 29,000 orang terlibat mendapati semakin banyak pengambilan kopi, semakin kurang risiko kepada penyakit Alzheimer.

4. Membantu untuk penurunan berat badan

Menurut pakar penyelidikan, kopi boleh mengubah simpanan lemak seseorang dan menyokong kesihatan usus, yang bermanfaat untuk penurunan berat badan. Kajian lain juga mendapati, pengambilan kopi dikaitkan dengan penurunan lemak badan kepada wanita. Tambahan pula, mereka yang mengambil satu hingga dua cawan kopi sehari dapat memenuhi tahap aktiviti fizikal yang disyorkan sebanyak 17% berbanding dengan mereka yang mengambil hanya kurang dari satu cawan kopi sehari.

5. Mengurangkan risiko kemurungan

Satu daripada tujuh kajian menunjukkan bahawa pengambilan satu cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko kemurungan sebanyak 8%. Kajian lain juga mengatakan dengan meminum sekurang-kurangnya empat cawan kopi setiap hari dapat mengurangkan risiko kemurungan berbanding dengan hanya minum satu cawan kopi setiap hari.

Rujukan

1. RUSH University Medical Center

2. The Johns Hopkins University 3. Healthline 2023