Sains Di Sebalik BEFIL!

Apakah itu Disfungsi Endothelial?

Sesetengah saluran darah terdiri daripada satu lapisan sel nipis, dipanggil lapisan endothelium. Disfungsi Endothelial bermaksud sel-sel ini tidak berfungsi sebagaimana yang seharusnya, yang disebabkan oleh pengurangan Oksida Nitrat (NO) di dalam badan.[1] Badan kita menghasilkan NO sendiri, tetapi kadangkala ia mungkin tidak mencukupi. Ini boleh menyebabkan atau memburukkan lagi aterosklerosis, iaitu pengumpulan plak pada lapisan dalam arteri, yang membawa kepada tekanan darah tinggi, keradangan, pembekuan darah dan kerosakan pada dinding saluran darah.

BEFIL, formulasi kesihatan 360° untuk memperbaiki jantung anda.

BEFIL ialah formulasi kesihatan oleh Pemenang Nobel – Dr Ferid Murad, yang meningkatkan kesihatan jantung anda secara keseluruhan. Bahan-bahan yang terdapat dalam BEFIL termasuk:

L-Arginine

Tubuh badan kita menghasilkan NO sendiri, tetapi pengeluarannya akan berkurangan apabila usia semakin meningkat. Suplemen L-arginine didapati dapat meningkatkan pengeluaran NO dalam badan, yang membantu saluran darah untuk mengendur dan mengembang, meningkatkan aliran darah dalam badan anda. Apabila L-arginine diambil, ia akan ditukar kepada NO dan ia akan meningkatkan keanjalan salur darah.[2]

Ekstrak Tomato Merah

Ekstrak tomato merah didapati dapat melancarkan aliran darah dalam badan kita. Ekstrak tomato merah juga dipercayai boleh membantu dalam mengekalkan pengumpulan platelet yang sihat. Selain itu, ia dapat meningkatkan dan mengekalkan aliran darah yang sihat. Dengan aliran darah yang sihat, tekanan darah juga dapat diperbaiki.[3]

Koenzim Q10Coenzyme Q10 (CoQ 10) adalah antioksidan yang dihasilkan oleh badan anda secara semulajadi, yang digunakan oleh sel untuk pertumbuhan dan penyelenggaraan. Apabila umur kita meningkat atau didiagnosis dengan penyakit jantung, tahap CoQ 10 dalam badan akan berkurangan dan ia mungkin membahayakan jantung anda. CoQ 10 didapati membantu meningkatkan pengecutan otot dan menambah baik kesihatan jantung.[4]

Delima dan Ubi bit

Delima dan ubi bit adalah antioksidan yang kuat, yang berfungsi untuk melindungi tubuh anda daripada radikal bebas. Ia boleh melindungi badan daripada pengoksidaan kolesterol jahat, dan melindungi sel endothelial daripada rosak. Selain melindungi badan anda daripada radikal bebas, ia juga melindungi NO daripada pemusnahan oksidatif. Apabila NO dilindungi dengan baik, tindakan biologi NO akan sama-sama dipertingkatkan.[5,6]

Gabungan bahan-bahan yang dipilih dengan teliti ini boleh meningkatkan kesihatan jantung anda dengan meningkatkan vasodilatasi, melancarkan aliran darah, mencegah pengumpulan platelet, memperbaiki tekanan darah dalam badan, membekalkan antioksidan yang kuat, dan menguatkan otot jantung. Semua kebaikan  ini datang daripada satu sachet BElixz BEFIL, yang memberikan perlindungan 360° untuk kesihatan jantung.

Rujukan

  1. Nitric oxide and endothelial dysfunction, Crit Care Clin, 2020
  2. Therapeutic benefits of L-arginine, J Chiropr Med, 2016
  3. Tomato extract as an anti-hypertensive agent to modulate blood pressure, World Journal of Pharmaceutical Research, 2015
  4. Coenzyme Q10: clinical applications in cardiovascular diseases, antioxidants, 2020
  5. Pomegranate for your cardiovascular health, Ramban Maimonides Medical Journal, 2013
  6. Biological effect of red beetroot and betalains: A review, Phytotherapy Research, 2020