Risiko lebih tinggi semasa Musim Perayaan? Bagaimana memberikan diri kita “Perlindungan Lebih Baik”?

Musim perayaan ialah masa yang terbaik untuk berkumpul dengan keluarga dan rakan-rakan, sama ada menghadiri perhimpunan sosial, membeli-belah semasa bercuti atau pergi bercuti. Cuti sering dikaitkan dengan tempoh yang santai tanpa tekanan. Semasa menikmati masa yang baik, adakah anda cenderung mengabaikan kesihatan anda tanpa disedari?

Sebab-sebab kesihatan kita mungkin terjejas semasa musim perayaan:

• Pengambilan makanan yang berlebihan atau tidak sihat

• Pengambilan alkohol yang berlebihan

• Rutin sedentari (tiada atau kurang bersenam)

• Rehat yang tidak mencukupi disebabkan rutin harian yang terganggu

Tambahan, cuti bermakna lebih ramai orang ke mana sahaja anda pergi dan kuman bawaan udara tumbuh subur dalam persekitaran yang sesak, yang meningkatkan risiko seseorang jatuh sakit terutamanya apabila sistem imun anda lemah.

Berikut adalah beberapa petua untuk anda dan keluarga anda untuk melindungi diri dengan lebih baik semasa musim perayaan.

MAKAN SECARA SIHAR, KUDAPAN DENGAN BIJAK

Musim perayaan merupakan masa dalam setahun di mana ia mudah untuk terlalu memanjakan dan mengabaikan pemakanan sihat. Senantiasa beringat tentang makanan yang anda makan, berpegang pada kualiti berbanding kuantiti. Anda boleh menggunakan sebiji pinggan untuk membantu anda menjejaki apa yang anda makan dan mengelakkan pengambilan yang terdorong oleh keinginan makan semata-mata. Jika anda perlu menikmati Kuih Kapit, Tart Nenas, Biskut Kacang, jangan lupa untuk mengambil semuanya secara sederhana. Anda juga boleh memilih buah-buahan, salad/sayur-sayuran dengan yogurt untuk snek yang sihat!

KAWAL PENGAMBILAN ALKOHOL

Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung anda, yang boleh menyebabkan serangan jantung atau strok.[1] Untuk mengurangkan risiko kemudaratan yang berkaitan dengan alkohol, orang dewasa dalam umur minum yang sah dinasihatkan agar tidak minum, atau mengehadkan pengambilan alkohol kepada 2 minuman atau kurang dalam sehari untuk lelaki atau 1 minuman atau kurang dalam sehari untuk wanita.[2] Jika anda belum pernah cuba minuman alkohol, jangan mulakan, terutamanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

BERGERAK & KEKAL AKTIF

Memperuntukkan masa untuk bersenam semasa musim perayaan mungkin tidak mudah tetapi anda pasti boleh merancang beberapa aktiviti seperti berjalan pagi/petang, permainan sukan di taman atau bersiar-siar di kawasan sekitar. Senaman yang kerap meningkatkan tahap kecergasan anda secara keseluruhan, yang seterusnya membantu meningkatkan sistem imun anda dan memperbaik kesihatan jantung, membantu anda kekal sihat sepanjang musim perayaan.

UTAMAKAN TIDUR ANDA

Tidur ialah fungsi badan harian yang penting, memainkan peranan penting untuk kesihatan optimum — membantu dalam menguatkan sistem kardiovaskular dan imun serta mengawal metabolisme kita.[3] Jadi, jika anda ingin mengharungi musim perayaan dengan rasa bertenaga, utamakan tidur anda! Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya tujuh jam tidur berkualiti setiap malam.

Kekal sihat sepanjang musim perayaan boleh menjadi lebih mudah daripada yang anda fikirkan, yang diperlukan hanyalah sedikit keseimbangan. Selain daripada mengikuti gaya hidup dan diet yang sihat, lengkapkan diri anda dengan BElixz SHIRUTO yang mengandungi ekstrak gandum tertapai berkeupayaan tinggi (IP-PA1), Vitamin C dan Beta-glukan yang boleh membantu meningkatkan sistem imun anda. BElixz BEFIL pula, dirumus dengan L-Arginina dan CoQ10, dipertingkatkan dengan Ekstrak Delima, Ubi Bit dan Tomato boleh membantu meningkatkan kesihatan jantung anda secara keseluruhan.

RUJUKAN:

1. Vasc Health Risk Manag. 2006

2. Centers for Disease Control and Prevention. 2022

3. Pflugers Arch. 2012