Stres merupakan tindak balas semula jadi dan lazim, yang dialami oleh tubuh dan minda manusia apabila berhadapan dengan cabaran, perubahan, atau tuntutan dalam kehidupan seharian. Ia boleh dicetuskan oleh pelbagai faktor, seperti komitmen pekerjaan, tekanan pembelajaran, cabaran hubungan antara individu (interpersonal), masalah kewangan, serta kebimbangan tentang kesihatan[1]. Apabila kita mengalami stres, tubuh kita akan mengeluarkan hormon seperti adrenalina dan kortisol, yang memberikan tindak balas “lawan atau lari”[2]. Kajian telah membuktikan bahawa stres berpotensi untuk mengurangkan aktiviti sel imun, terutamanya makrofaj, yang melemahkan sistem pertahanan imun kita[3]. Jika stres tidak diuruskan dengan baik, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, termasuk peningkatan risiko penyakit kardiovaskular, gangguan tidur, dan kebimbangan.
Mari kita ketahui cara-cara untuk mengendalikan stres dan mengoptimumkan sistem imun kita[4]:
- Kenal pasti Punca Stres: Kenal pasti situasi, peristiwa atau idea yang menyebabkan stres. Memahami punca-punca ini dapat membantu anda bersedia dan mengawal stres secara proaktif.
- Amalkan Teknik-Teknik Relaksasi: Melakukan pernafasan dalam, meditasi dan yoga ialah kaedah yang berkesan untuk merehatkan minda dan mengurangkan tahap stres.
- Dapatkan Tidur Berkualiti: Kualiti tidur yang tidak baik boleh melemahkan tindak balas imun, manakala tidur yang mencukupi dapat meningkatkan imuniti.[5]
- Dapatkan Sokongan/Pertolongan: Bercakap dengan rakan-rakan, keluarga atau ahli profesional yang dipercayai. Kongsi perasaan anda sekali sekala dapat memberikan kelegaan dan perspektif baru.
- Belajar Untuk Berkata Tidak: Kenal pasti batasan anda dan elakkan daripada memikul tanggungjawab terlalu banyak, yang menyumbang kepada stres.
- Amalkan Pemikiran yang Positif: Mengubah fikiran negatif dengan yang fikiran yang positif dan optimistik.
- Menggabungkan IP-PA1 dalam Rutin Seharian: IP-PA1 terkenal dengan keupayaannya untuk merangsang makrofaj, meningkatkan tindak balas imun, serta menghalang pengimunotindasan yang disebabkan oleh stres[6].
Selain itu, ia juga akan merangsang peredaran darah yang baik dengan mengamalkan tips di atas. Peredaran darah yang baik dapat membantu mengurangkan stres dengan meningkatkan aliran oksigen dan nutrien ke otak serta membawa sel imun dengan efisien ke seluruh badan[7].
Namun, bolehkah anda mengikuti tips ini bagi menangani stres dan menguatkan sistem imun anda mengikut peredaran zaman moden masa kini?
Jadi, inilah penyelesaian terbaik untuk meningkatkan keupayaan tubuh anda dalam menangani stres! BElixz SHIRUTO, yang mengandungi bahan unik IP-PA1 dan beta glukan & vitamin C yang menguatkan pertahanan badan. Selain itu, formulasi holistik yang mengandungi L-Arginina dan CoQ10 daripada BElixz BEFIL memberikan sokongan kepada peredaran darah sihat bagi badan anda serta mengekalkan kesejahteraan secara keseluruhan dengan baik!
Ingatlah, kesihatan minda dan jasmani yang sihat berjalan seiring dengan memelihara sistem imun yang kukuh.
*Pengimunotindasan merujuk kepada pengurangan atau penekanan aktiviti sistem imun.
Rujukan:
[1&4] World Health Organization, 2023
[2] Stress effects on the body, 2023
[3&6] Anticancer Research, 2011
[5] How Sleep Strengthens Your Immune System, 2023
[7] Stanford Medicine, 2012