BE THE LEGEND CONVENTION 2023: Pengiktirafan kepada Ratusan Pemimpin Cemerlang & 9 Pemimpin Cemerlang Diiktiraf sebagai Royal Crown Council Ambassadors.

BE International Sdn Bhd, salah sebuah syarikat jualan langsung kesihatan dan kecergasan terkemuka, telah menganjurkan majlis ” BE THE LEGEND CONVENTION 2023″ yang berprestij di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur! Lebih tiga ribu orang peserta dari Malaysia, Singapura, Brunei, Hong Kong, Indonesia, dan pelbagai negara lain di seluruh dunia telah turut serta dalam majlis berprestij ini yang meraikan kepimpinan luar biasa dan kelahiran insan-insan legenda.

BEInternational MANAGEMENT GROUP PHOTO

Semasa berlangsungnya konvensyen ini, sejumlah 91 orang penerima telah dianugerahkan Dana Kereta; 35 orang penerima dianugerahkan Dana Rumah; manakala 13 orang penerima telah dinaikkan kepada pangkat Crown Ambassador (CCA); 10 orang penerima dinaikkan kepada pangkat Senior Crown Ambassador (SRCA); 2 orang penerima dinaikkan kepada pangkat Double Crown Ambassador (DBCA); dan 9 orang pemimpin cemerlang telah mencapai puncak tertinggi pengiktirafan kepada pangkat Royal Crown Council Ambassador (RCCA), mengukuhkan peranan mereka sebagai tonggak utama kecemerlangan BE International! Konvensyen ini turut menganjurkan upacara penyampaian ganjaran kepada 22 orang penerima yang berjaya memenangi kempen BE A STAR bagi tahun 2023!

RCCA GROUP PHOTO
HOUSE FUND RECEIVER GROUP PHOTO

Selain daripada majlis pengiktirafan yang berprestij, tiga orang penceramah legenda; iaitu RCCA Jet Tan, RCCA See Kok Sen, dan RCCA Farehah, telah berkongsi perjalanan dan pengalaman mereka dengan para peserta. Mereka telah menceritakan kisah penuh cabaran tentang bagaimana mereka mampu mengubah kehidupan yang biasa menjadi luar biasa. Cerita-cerita ini telah memberikan inspirasi mendalam kepada peserta-peserta dan meluaskan pandangan mereka tentang komitmen teguh BE International dalam membentuk visi kesihatan dan kebahagiaan untuk semua.

JET TAN LEGEND SPEAKER PHOTO
LEGEND SPEAKER FARHANA PHOTO

Persembahan yang gemilang ialah satu kemestian dalam majlis berprestij seperti ini! Penampilan istimewa Jaclyn Victor, yang juga dikenali sebagai “Asia’s Divette” dan juara pertandingan “Malaysian Idol” telah memukau pentas utama dengan persembahan nyanyian yang mengagumkan, dan mereka turut membawa para peserta ke sebuah pertunjukan fesyen eksklusif. Pertunjukan fesyen ini menampilkan koleksi eksklusif AULORA Pants with KODENSHI® yang inovatif, selesa, dan bergaya dalam warna Starlight Blue dan Dynamic Black, telah berjaya menarik perhatian peserta-peserta di konvensyen ini, yang terperangkap dalam momen yang penuh dengan keterujaan!

JACKLY VICTOR PERFORMANING PHOTO
AULORA FASHION SHOW at event

Dalam suasana kegembiraan BE International memberikan pengiktirafan kepada pemimpin-pemimpin cemerlang, BE terus komited kepada tanggungjawabnya sebagai sebuah perniagaan sosial. Selaras dengan matlamat United Nations’ Sustainable Development Goals (UNSDG), BE terus berdedikasi dalam usaha menyumbang kembali kepada masyarakat dengan memberi tumpuan kepada matlamat “Kemiskinan Sifar,” mempromosikan “Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik,” menyediakan “Pendidikan Berkualiti,” serta memelihara “Kelestarian Kehidupan di Darat.” Oleh itu, untuk mencipta persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi para pelajar, BE International terus menyokong usaha Yayasan Generasi Gemilang dalam program “Super Sarapan 2023”, yang menyediakan sarapan berkhasiat kepada 262 orang pelajar dari enam buah sekolah. Majlis penyampaian cek simbolik ini telah berlangsung semasa majlis ini, telah menonjolkan komitmen syarikat yang tidak berbelah bahagi. Inisiatif ini dapat memastikan pelajar-pelajar daripada latar belakang kurang berkemampuan boleh memberikan tumpuan kepada pelajaran mereka tanpa perlu risau tentang sarapan atau pemakanan. Dengan menyediakan sokongan mental dan fizikal yang praktikal kepada pelajar yang memerlukan, inisiatif ini berperanan sebagai pendorong dalam perjalanan pendidikan mereka.

Generasi Gemilang Foundation photo

Pada masa hadapan, sejajar dengan perkembangan syarikat, BE International Sdn Bhd akan terus komited memperdalamkan keterlibatannya dalam bidang kebajikan sosial. Tanpa mengira dalam aspek perniagaan atau kehidupan, matlamat utama mereka adalah untuk memastikan setiap individu meraih keharmonian sejati dalam diri masing-masing, menyentuh setiap aspek kehidupan, serta mencipta impak positif yang berterusan – berteraskan falsafah syarikat “Menjangkaui Inspirasi Minda, Mencapai Kehidupan Abadi”.

Konvensyen ini berjaya disempurnakan dalam suasana meriah dan penuh kegembiraan. Sekali lagi, jutaan tahniah diucapkan kepada semua pemimpin cemerlang yang telah berjaya mendapat pengiktirafan yang selayaknya. Marilah kita bersama-sama dengan BE International, bersatu tenaga untuk mencipta lebih banyak cerita legenda yang dikenang sepanjang zaman.