BErjaga-jaga, BE Sihat, BE Cergas Pada Ramadan Kali Ini!

Apabila berada di dalam bulan Ramadan, menjalani ibadah puasa akan menjadi sukar terutama dalam mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Ianya sangat penting untuk melakukan penyesuaian terhadap pelan pemakanan bagi memastikan badan anda mendapat nutrien yang mencukupi untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Di sini kami akan berkongsi tips untuk membantu anda memanfaatkan peluang sepanjang bulan Ramadan:

BErhati-hati dalam pilihan pemakanan anda ketika bersahur dan berbuka puasa

Pengambilan makanan yang seimbang sepanjang bulan Ramadan adalah mustahak untuk memastikan badan anda menyerap kesemua nutrien penting yang diperlukan. Pilih makanan sumber yang tinggi serat dan karbohidrat kompleks, kerana ia akan membebaskan nutrien sepanjang hari secara perlahan, sekaligus membekalkan sumber tenaga yang berterusan.

BErsederhana dalam pengambilan makanan anda

Godaan nafsu untuk menikmati makanan yang berat dan lazat ketika berbuka puasa sukar dibendung, tetapi ianya juga akan mengundang rasa kesenakan dan ketidakselesaan pada perut. Elakkan makan secara berlebihan dengan mengambil makanan yang tinggi sumber kandungan gula dan lemak. Elakkan juga makanan yang boleh mengakibatkan dehidrasi dalam badan, dan mengunyah makanan anda secara perlahan untuk penghadaman yang lebih baik.

BErhidrat

Hidrasi adalah sangat penting semasa menjalani bulan Ramadan. Jangan lupa untuk minum air yang banyak diantara waktu berbuka puasa dan sahur bagi memastikan badan anda terhidrat dan berfungsi sebaiknya.

BEraktif

Penglibatan aktiviti fizikal secara aktif amat penting sepanjang bulan Ramadan, kerana perubahan waktu makan boleh menjejaskan keseluruhan kesihatan anda. Pertimbangkan untuk memasukkan beberapa jenis senaman dalam rutin harian, sama ada pada waktu awal pagi selepas sahur atau selepas berbuka puasa, bagi membantu untuk mengekalkan kecergasan fizikal anda.

BErkhasiat dengan SPIRULINA

Tingkatkan pengambilan nutrien anda sepanjang bulan Ramadan ini dengan BElixz SPIRULINA, ianya merupakan sumber protein, vitamin dan mineral yang kaya untuk meningkatkan kesihatan dan menyokong kesejahteraan anda sepanjang Ramadan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kebaikan menambah SPIRULINA ke dalam pemakanan anda di bulan Ramadan, sila klik di sini.