BE International Sekali Lagi Memenangi Anugerah Berprestij di Hong Kong Dinobatkan sebagai pemenang bagi Anugerah “Jenama Tahunan Terbaik bagi Suplemen Pemakanan” di HKCT Business Award 2024

.

Selepas kejayaan meraih Anugerah “Healthcare Professionals’ Choice – Extraordinary Healthcare Brand Awards 2023” yang berprestij di Hong Kong, BE International dengan penuh kegembiraan mengumumkan satu lagi lakaran kejayaan yang bermakna: apabila dianugerahkan “Jenama Tahunan Terbaik bagi Suplemen Pemakanan” di HKCT Business Awards 2024, oleh Hong Kong Commercial Times (HKCT). Pengiktirafan ini mengukuhkan lagi reputasi dan membuktikan kecemerlangan mereka di dalam industri.

Mengenai HKCT Business Award 2024

Dengan matlamat “Menyatukan Kekuatan Hong Kong, Mencipta Peluang Perniagaan,” HKCT Business Awards dibarisi oleh panel hakim profesional yang menilai calon-calon berdasarkan empat bidang utama: Pencapaian Perniagaan, Daya Saing dalam Pasaran, Falsafah Jenama dan Kedudukan Profesional. Anugerah ini bertujuan mengiktiraf usaha dan pencapaian syarikat-syarikat sepanjang tahun yang lalu, serta memberi dorongan kepada mereka bagi meningkatkan daya saing pasaran dan merintis hala tuju ekonomi baharu. Lebih daripada 30% buah syarikat yang memenangi anugerah merupakan syarikat tersenarai awam, manakala 70% lagi ialah perusahaan tempatan yang beroperasi di Hong Kong.

Pengumuman para pemenang telah diumumkan di pelbagai platform oleh pihak penganjur, termasuk Citybus, MTR, dan The Standard, sebuah akhbar berbahasa Inggeris terkemuka di Hong Kong, dengan tujuan mempromosikan syarikat-syarikat yang telah meraih anugerah tersebut.

Dengan memberi penekanan kepada kualiti dan inovasi produk-produk BE International – yang merangkumi Siri Pakaian AULORA, Suplemen BElixz, Penjagaan Kulit Wajah BEYUL dan Barangan Rumah BEYANG, dan didukung oleh falsafah perniagaan, budaya serta sistem pendidikan yang luar biasa, syarikat ini telah berjaya meraih pengiktirafan Jenama Tahunan Terbaik bagi Suplemen Pemakanan. Penghormatan ini merupakan bukti nyata keberhasilan dasar kejayaan mereka.

Sorotan Utama Majlis Anugerah

Majlis anugerah yang dianjurkan pada bulan Mac 2024 di Rosewood Hong Kong berlangsung dengan penuh gilang-gemilang, yang turut dihadiri oleh tokoh-tokoh terkemuka dari bidang politik dan perniagaan, yang turut serta mengambil bahagian sebagai penyampai anugerah. Antara tetamu terkenal termasuk Dr. Bernard Chan Pak-li, Timbalan Setiausaha bagi Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi Hong Kong; Dr. Michael Chan, Pengerusi Kehormat Institut Pemasaran Hong Kong; Dr. Eva Chan, Pengerusi Persatuan Perhubungan Pelabur Hong Kong (HKIRA), dan ramai lagi.

Pengasas BE International, Mr. Ir. Lee Suet Sen dan Ms Ms. Ho Huey Chuin, bersama dengan Mr. Stanley Neng, Ketua Wilayah bagi Singapura dan Hong Kong, serta Ms. Charlie Cheah, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, telah menghadiri majlis anugerah tersebut. Mr. Ir. Lee telah dijemput untuk naik ke atas pentas bagi menerima anugerah berprestij ini. Pada hari yang sama, Mr. Ir. Lee juga telah ditemu bual secara eksklusif untuk mempromosikan falsafah perniagaan BE International serta meningkatkan kesedaran mengenai jenama dan nilai yang dipegang oleh BE.

Sidang tersebut juga memaparkan temu bual eksklusif bersama Mr. Ir. Lee Suet Sen pada petang hari itu, yang bertujuan untuk mempromosikan falsafah perniagaan BE International dalam industri. Objektif utamanya ialah untuk meningkatkan pengiktirafan BE International sebagai sebuah perusahaan dan jenama berkualiti tinggi, sekali gus memperluaskan daya tarikan dan pemahaman orang ramai terhadap syarikat dengan lebih meluas.

Sejak awal penubuhannya, BE International telah memenangi pelbagai anugerah baik di dalam mahupun di luar negara. Anugerah-anugerah ini termasuklah Hong Kong’s Healthcare Professionals’ Choice – Extraordinary Healthcare Brand Awards, Malaysia Health & Wellness Brand Award, SISTERS Beauty Awards, dan CXP Best Customer Experience Award. Penambahan terbaru ke dalam koleksi penghormatan berprestij mereka ialah ” HKCT Business Awards 2024 – Jenama Tahunan Terbaik bagi Suplemen Pemakanan”, yang menandakan satu lagi pencapaian penting bagi BE International. Penghargaan ini, sekali lagi, mengukuhkan pengiktirafan yang diterima oleh BE International di Hong Kong, mencerminkan komitmen syarikat dalam memberikan impak penting di sana.

Meskipun telah menerima pelbagai pengiktirafan, dedikasi BE International terhadap inovasi dan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti tinggi kekal utuh dan tidak berbelah bahagi. Pihak syarikat ini komited untuk meningkatkan kesejahteraan dalam segala untuk semua orang, dengan memberikan sokongan kepada setiap individu melangkaui pelbagai lapisan masyarakat.