Kisah Ulang Tahun BE Antarabangsa

Dengar post ini

5 Tahun Lalu Hari Ini:

5 tahun yang lalu, pada hari ini, BE International telah dilahirkan. Visi IR. Lee Suet Sen, BE International berdiri hari ini sebagai cahaya harapan dan keterangkuman. Semasa kita menyambut ulang tahun ke-5 ini, kami menjemput anda semua untuk datang dan mendengar kisah kami, tentang bagaimana terbentuknya BE.

Kisah BE bermula dengan seorang anak muda iaitu IR Lee, lepasan ijazah, dan pendatang baru dalam tenaga kerja Malaysia. Seorang yang bercita-cita tinggi, dan bekerja keras, IR. Lee merasakan bahawa beliau berada di landasan yang betul untuk masa depan yang berjaya, membuktikan kebolehannya dalam bidang kejuruteraan pada awal kerjayanya.

Pada suatu hari beliau menerima jemputan daripada seorang rakannya untuk menghadiri kem yang dianjurkan oleh sebuah syarikat MLM. “Tidak salah kalau berehat sekali-sekala.” beliau berfikir. Oleh itu beliau menghadiri kem ini, dan terkejut melihat ramai orang yang yang tidak secemerlang beliau sangat berjaya dalam kehidupan mereka. Beliau tahu sejak saat itu, bahawa beliau telah menyaksikan sesuatu yang istimewa.

Kem yang pada mulanya disangka sebagai percutian singkat telah menyalakan obor di dalam dirinya. Beliau mula meneliti, mengkaji, dan mempelajari industri MLM, yang pada masa itu masih merupakan konsep baru di negara kita. Pada mulanya beliau menghadapi banyak cabaran, terutamanya dari tanggapan yang telah difikirkan sebelumnya iaitu adakah industri ini lebih daripada sekadar penipuan. Walau apa pun, kepercayaannya yang kukuh terhadap apa yang telah dipelajarinya, dan kemahuan yang tidak berbelah bahagi untuk membantu temannya mengatasi segalanya.

Pengasas BE IR. Lee Suet Sen

“Jika anda mahu sesuatu dilakukan, anda perlu melakukannya sendiri. Saya sudah tahu selok beloknya, jadi mengapa tidak?”

Didorong oleh motivasi ini, beliau pada mulanya menyertai syarikat MLM yang sedia ada, tetapi meninggalkannya tidak lama selepas menyedari bahawa beliau tidak lagi dapat bersetuju dengan hala tuju mereka. Ketika itulah Lr Lee mengalami detik eurekanya, “Jika anda mahu sesuatu dilakukan, anda perlu melakukannya sendiri. Saya sudah tahu selok beloknya, jadi mengapa tidak?” Dengan beberapa teman baik yang dipercayai, BE International yang kita kenali telah ditubuhkan secara rasmi.

Dalam memulakan sebarang perniagaan, terdapat banyak cabaran dan perkara yang harus dilakukan. Ini ditambah pula dengan tekanan tambahan bahawa syarikat itu baru pada masa itu, tanpa kemasyhuran dan reputasi untuk diuar-uarkan. Penyelesaiannya adalah dengan pematuhan ketat kepada visi asalnya iaitu untuk membawa bantuan secara beretika dan dengan ketelusan kepada orang-orang di sekelilingnya, itu dan kerja keras dan keyakinan diri yang bukan sedikit.

Produk utama mereka “Aulora Pants with Kodenshi®” perlahan-lahan menempa kejayaan seiring dengan keikhlasan mereka untuk membantu, serta mula mengubah tanggapan ramai apabila mereka melihat pulangan ketara dari segi kewangan dan perubatan.

BE International terus berkembang pesat sehingga hari ini, dan masih teguh dalam tujuan dan visi asalnya untuk memberikan harapan kepada semua, sama ada dari segi kewangan atau perubatan. Seperti yang dikatakan oleh IR. Lee  “Anda boleh belajar apa sahaja asalkan anda mahu. Selagi anda sanggup bekerja keras, anda boleh lakukan apa sahaja.”