Sambutan Tahun Baru Cina BE 2024

Bersempena menyambut kemeriahan budaya dan semangat kesatuan, BE International Marketing Sdn. Bhd., peneraju utama dalam industri MLM, telah mengadakan sambutan Tahun Baru Cina di Ibu Pejabat Malaysia serta pejabat di Singapura dan Hong Kong pada 24 Februari. Acara tersebut merupakan penyatuan luar biasa antara tradisi dan perpaduan, menandakan permulaan yang hebat untuk Tahun Naga, sebuah simbol harapan dan kemakmuran untuk semua. Sambutan hangat daripada ribuan orang telah menghasilkan suasana acara yang luar biasa meriahnya.

Di antara tiga buah lokasi sambutan ini diadakan, acara yang berlangsung di Ibu Pejabat Malaysia merupakan acara yang disambut paling besar. Sesi perkongsian mengenai kesihatan telah memberikan permulaan yang baik untuk Tahun Baru Cina kepada para tetamu, membolehkan mereka untuk meningkatkan diri dan menjadikan sambutan Tahun Naga ini lebih bermakna. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti budaya dan gerai ditawarkan di acara tersebut, di mana para tetamu dapat berseronok serta berkesempatan untuk memperoleh ilmu baru. Persiapan yang diatur secara teliti bertujuan untuk memastikan acara tersebut memberi suasana yang ceria dan inklusif, menjadikan sambutan ini sebuah pengalaman yang bermakna.

Perayaan dimulakan dengan dentuman dram secara berirama bagi mengumumkan ketibaan tarian singa – simbol kebahagiaan dan tuah yang baik. Para penonton terpukau dengan persembahan energetik yang diberikan oleh barisan kostum singa. Setiap gerak tari mereka seirama dengan rentak muzik tradisional, menyeru untuk keberkatan sepanjang tahun daripada sang naga. Malahan, Dewa Kekayaan turut membuat penampilan khas bagi memeriahkan lagi suasana acara, mengedarkan token tuah dan ucapan baik kepada mereka yang hadir sebagai tanda kebahagiaan dan kemakmuran.

Tidak lengkaplah sesebuah perayaan tanpa penyediaan makanan tradisional. Para tetamu dijamu dengan pelbagai makanan tradisional bermula dari manisan Janggut Naga sehinggalah ke Jagung Cawan yang berlemak dan enak. Kehadiran Bertih Jagung, Ais-krim serta Gula-gula Kapas memberi elemen keunikan, mengukir senyuman dan gelak tawa di kalangan tetamu.

Keceriaan dan keseronokan jelas terpancar pada wajah para tetamu yang begitu bersemangat dan teruja untuk membuat cabutan undi mereka di bahagian Lucky Dip & Win dan Purchaser Draw. Suasana dipenuhi sorakan saat para pemenang bertuah mengambil hadiah mereka, juga sebagai token penghargaan atas sokongan berterusan mereka kepada BE.

Ir. Lee Suet Sen, Pengasas, Presiden & Pengarah Urusan Kumpulan BE International, menggariskan mengenai pencapaian Syarikat sepanjang tahun-tahun yang lalu dan menekankan mengenai pentingnya kemajuan untuk masa depan dalam ucapannya di acara itu. “Saya harap semua orang akan terus berusaha untuk kecemerlangan, mencapai tahap yang baharu, dan semoga semangat Tahun Naga menginspirasikan keberanian dan mengejar impian kami,” kata Ir. Lee Suet Sen.

Acara sambutan Tahun Baru Cina berakhir dengan jayanya pada jam 4 petang. Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada setiap tetamu yang hadir memberi sokongan. Semoga anda semua memperoleh tahun 2024 yang makmur dan terus bersama BE dalam meneroka peluang yang lebih besar. Sila lawati laman web kami dan ikuti kami di platform media sosial untuk mendapatkan berita terkini, maklumat pelancaran produk dan acara yang bakal diadakan.