Meraikan Wira Kita dengan Menguatkan Sistem Imun pada Hari Bapa!

Salah satu sambutan istimewa yang kita raikan untuk menghargai jasa dan pengorbanan wira dalam hidup kita adalah Hari Bapa! Selain memberikan penghargaan atas kasih sayang dan sokongan yang telah mereka curahkan selama ini, sistem imun mereka merosot secara perlahan-lahan, seiring dengan pertambahan usia. Jadi, jangan kita lupa kepentingan untuk menjaga sistem imun yang kuat kepada wira-wira kita ini. Berikut beberapa tips untuk meningkatkan kesejahteraan dan imuniti WIRA-WIRA ANDA:

1. Kerap Bersenam:

Bersenam secara kerap seperti berjalan kaki, berjoging, dan berbasikal terbukti memberikan kesan positif dan membantu meningkatkan fungsi sistem imun secara keseluruhan. Senaman juga dapat merangsang peredaran sel imun di dalam badan, membolehkan mereka untuk mengesan dan menghapuskan patogen dengan lebih efektif. Secara tidak langsung, aktiviti senaman menyumbang kepada penguatan sistem imun.[1]

2. Tidur Berkualiti:

Mendapatkan tidur yang mencukupi adalah penting untuk menjaga kesihatan sistem imun. Anda disarankan untuk tidur selama 7-9 jam setiap malam, kekalkan rutin tidur harian dengan bangun dan tidur pada waktu yang sama. Corak tidur yang konsisten dapat membantu kita mengekalkan sistem imun yang sihat, dan memastikan tidur yang nyenyak dan berkualiti.[2]

3. Melakukan Aktiviti Luar Rumah Bersama:

Aktiviti luar membolehkan kita berinteraksi dengan alam semula jadi untuk mencapai sistem imun yang optimum. Ia membantu dalam penghasilan Vitamin D apabila kita terdedah kepada sinaran matahari. Vitamin D terkenal kerana meningkatkan sistem imun dan mengawal tindak balas badan terhadap jangkitan. Walau bagaimanapun, penting untuk kita seimbangkan pendedahan kepada sinaran matahari dengan perlindungan UV untuk melindungi kerosakan kulit. Beberapa aktiviti luar rumah yang disyorkan bersama keluarga termasuk berkelah, mendaki dan berkebun.[3]

4. Pemakanan yang Meningkatkan Imuniti:

Meningkatkan sistem imun bapa anda melalui nutrien dan suplemen makanan adalah penting untuk mengaktifkan makrofaj dalam sistem imun untuk melawan virus, bakteria dan patogen lain. IP-PA1 merupakan nutrien penting yang memainkan peranan penting dalam sistem imun. Dengan tambahan ekstrak gandum yang ditapai yang memiliki kandungan potensi tinggi (IP-PA1), bersama-sama dengan Beta Glucan dan vitamin C, ia dianggap sebagai bahan terbaik untuk merangsang dan memperkuat sistem imun anda.[4] & [5]

Jadi, pada Hari Bapa kali ini, marilah kita memberi keutamaan kepada kesihatan imuniti wira anda! Anda boleh menyokong wira anda dalam menjaga kesejahteraan optimum dengan menggunakan SHIRUTO! Pastikan wira anda menerima apa yang sepatutnya! Marilah kita hadiahkan sistem imun yang lebih kuat dan kesihatan yang berpanjangan kepadanya.

Rujukan: 

[1] ACS Journals, 2002

[2] The Nutrition Source, 2023

[3] National of Library of Medicine, 2022

[4] Anticancer Research, 2011

[5] Gut Pathogens Biomed Central, 2022