Manfaat IP-PA1 Dalam Mencegah Tuberkulosis.

Tuberkulosis (TB) atau batuk kering adalah sejenis penyakit berbahaya yang dijumpai di seluruh dunia. Secara global, tuberkulosis merupakan salah satu punca utama kematian akibat jangkitan. Apa yang mengejutkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan anggaran 1.8 bilion orang, iaitu kira-kira satu per empat populasi dunia, membawa bakteria ini.

Penyakit tuberkulosis berpunca daripada kuman yang dikenali sebagai ‘tuberkulosis mikobakterium’. Bakteria ini kebiasaannya akan menyerang pada paru-paru dan bahagian badan yang lain.

Apabila bakteria tuberkulosis mikobakterium memasuki badan, bakteria ini akan merangsang tindak balas imun kita. Apabila penyakit semakin berlanjutan, bakteria TB boleh tersebar melalui aliran darah ke bahagian badan yang lain, seperti buah pinggang, tulang belakang, dan otak. Ini dikenali sebagai tuberkulosis esktrapulmonari dan boleh menyebabkan pelbagai simptom bergantung kepada organ yang dijangkiti. Contohnya, TB pada tulang belakang boleh menyebabkan sakit tulang belakang dan kecacatan, manakala meningitis TB menjejaskan otak dan menyebabkan sakit kepala, kekeliruan dan koma.

Salah satu sebab utama sesetengah orang lebih terdedah kepada jangkitan tuberkulosis adalah kerana sistem imun yang lemah. Sistem imun yang sihat boleh mengatasi bakteria TB secara efektif apabila terdedah, tetapi individu dengan imun yang lemah kurang berkemampuan untuk membina pertahanan yang kuat terhadap bakteria TB, seperti mereka yang mempunyai keadaan kekurangan zat (malnutrisi), diabetes, atau gangguan autoimun. Akibatnya, mereka ini lebih mudah dijangkiti dan mengaktifkan penyakit TB.

Tetapi, adakah kita tahu bahawa tuberkulosis boleh sembuh dan dicegah? Apabila tubuh badan kita diserang virus atau bakteria, pertahanan utama sistem imun kita, iaitu ‘makrofaj’, adalah yang pertama sekali akan bertindak. Mereka bekerja tanpa henti untuk menyerbu dan menghapus penceroboh ini, memainkan peranan penting dalam memastikan kita sentiasa sihat. Itulah sebabnya penting untuk kita menyokong dan menguatkan imun sistem kita, memastikan makrofaj kita bersedia untuk melawan sebarang ancaman yang hadir.

Berdasarkan penyelidikan saintifik, telah terbukti bahawa IP-PA1 mampu mengaktifkan makrofaj. Ia memainkan peranan penting dalam menguatkan makrofaj, pertahanan utama sistem imun kita, dengan meningkatkan aktiviti dan kesan efektif mereka.

IP-PA1 ialah penggalak yang hebat dalam mengecas pertahanan utama sistem imun kita, iaitu makrofaj. Ia mengaktifkan pelindung imun dengan cepat, membantu dalam menghapuskan jangkitan virus. IP-PA1 menyasarkan proses replikasi virus, menghentikan virus tersebut daripada membiak. Ini bermaksud, IP-PA1 bukan sahaja menghalang jangkitan – malah ia juga boleh menghapuskan hampir sepenuhnya. Ia seperti memberi dorongan tambahan kepada sistem imun kita untuk melawan virus-virus yang mengganggu ini.

Kesimpulannya, kita semua perlu mengambil tindakan untuk menangani keadaan serius ini, dan juga untuk menghentikan penyebaran tuberkulosis. Jika anda ingin kekal sihat dan melindungi keluarga anda, pertimbangkan untuk mendapatkan IP-PA1. Melalui BElixz SHIRUTO, yang mengandungi campuran khas bahan-bahan yang dipatenkan termasuk IP-PA1, merupakan nutrien penting untuk sel imun kita bertindak sebagai penggalak, aktifkan makrofaj kita untuk membantu dalam penghapusan jangkitan virus di peringkat.