Kejayaan Berulang Kembali: BE International Raih Anugerah Di Malaysia Health & Wellness Brand Awards Buat Kali Keempat Berturut-turut

BE International sekali lagi berjaya meraih pencapaian yang luar biasa apabila memenangi anugerah berprestij di majlis anugerah Malaysia Health & Wellness Brand Awards untuk tahun 2023!

Tahun yang menakjubkan ini turut menyaksikan pencapaian jualan yang luar biasa serta peningkatan secara ketara bilangan pengedar yang menyertai keluarga BE International. Apa yang lebih membanggakan, syarikat ini secara konsisten telah menerima pelbagai pengiktirafan serta penganugerahan daripada industri kesihatan dan kesejahteraan, baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Pada tahun ini, BE International bukan sahaja menerima anugerah berprestij daripada sektor kesihatan Hong Kong iaitu “Hong Kong Health Brand Award – Healthcare Professionals’ Choice – Extraordinary Healthcare Brand 2023” tetapi juga meraih anugerah di 2023 MICE Excellence Award – ANUGERAH SYARIKAT KORPORAT MALAYSIA TERBAIK (Kategori Insentif Pelancongan) yang disampaikan oleh Korea Tourism Organization. Kali ini, BE International melakar satu lagi kejayaan gemilang apabila memenangi anugerah di Malaysia Health & Wellness Brand Awards untuk tahun keempat berturut-turut! Ini menandakan tahun keempat pengiktirafan daripada panel-panel anugerah, selepas memperoleh kemenangan pada tahun 2018, 2019, dan 2022.

Produk-produk unggul BE International yang berjaya memenangi anugerah di “Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2023” ialah:

01 Kategori Pemakanan Tambahan: BElixz SPIRULINA CHEWABLE

02 Kategori Makanan Kesihatan: BElixz I-VXION

03 Kategori Kesejahteraan: BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL

04 Kategori Penuaan Sihat: BElixz MAQNIFIQ

Mengenai Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2023:

Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2023” merupakan anjuran bersama di antara Sin Chew Daily Malaysia, Lifestyle Magazine, dan Sin Chew Healthcare, dengan Pusat Perubatan Sunway sebagai penaja bersama. Majlis anugerah ini turut diiktiraf dan disokong oleh badan-badan terkemuka termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Farmasi Malaysia, Persatuan Pemakanan Malaysia, Persatuan Tabib Tionghua Malaysia, Persatuan Nursejahtera Malaysia, dan Persatuan Jenama Malaysia.

Objektif utama majlis anugerah ini adalah bertujuan untuk menghargai serta mengiktiraf sumbangan luar biasa dalam industri kesihatan dan sektor yang berkaitan, serta bertindak menjadi penanda aras yang dipercayai di Malaysia. Panel penilai bagi tahun 2023 dianggotai tokoh-tokoh terkemuka dalam sektor kesihatan, termasuk Dr. Goh Cheng Soon, Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Yeong Wee Seong, Penasihat Persatuan Tabib Tionghua Malaysia, Dr. Tee E Siong, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Mr. John Chang Chiew Pheng, Bekas Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, dan Dato’ Dr. Rajbans Singh, Presiden Persatuan Nursejahtera Malaysia.

Sorotan Utama Majlis Anugerah:

Majlis anugerah ini merupakan sebuah acara yang dinanti-nantikan dalam industri kesihatan Malaysia, dan berlangsung pada 15 November 2023 di Hotel One World, Malaysia. Pengurusan pasukan bersama RCCA BE International turut hadir dalam majlis penuh gilang-gemilang.

Majlis anugerah ini turut diserikan dengan kehadiran YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia sebagai tetamu kehormat.

Majlis anugerah ini menghimpunkan pemain-pemain dan jenama-jenama utama dalam industri kesihatan serta menyaksikan penyertaan yang tinggi daripada golongan profesional dalam bidang tersebut. Majlis anugerah ini berlangsung dalam suasana yang penuh elegan dan mewah.

BE International berjaya merangkul empat anugerah berprestij dalam majlis penganugerahan tahun ini.

BElixz SPIRULINA CHEWABLE yang diperkaya dengan pelbagai nutrien, vitamin menyeluruh, mineral, dan diperakui sebagai produk organik, telah memenangi anugerah dalam Kategori Pemakanan Tambahan.

Sementara itu, BElixz I-VXION yang dihasilkan dan direka khas untuk mengekalkan serta melindungi kesihatan mata, telah membolot anugerah dalam Kategori Makanan Kesihatan.

Kedua-dua anugerah berprestij ini telah disampaikan dan diterima bagi pihak syarikat oleh Mr. Koay, Naib Presiden Operasi, yang naik ke atas pentas untuk menerima trofi anugerah berserta sijil.

BElixz MAQNIFIQ, minuman kolagen yang lazat dan enak, kaya dengan antioksidan semula jadi dan bahan-bahan yang berkesan, telah memenangi anugerah dalam Kategori Penuaan Sihat. 

Manakala BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL yang dihasilkan dengan teknologi unik untuk menghasilkan esen yang seimbang bagi menggalakkan metabolisme, telah meraih anugerah dalam Kategori Kesejahteraan.

Kedua-dua pengiktirafan ini telah disampaikan dan diterima bagi pihak syarikat oleh Mr. Yong, Naib Presiden Teknologi & Analitis, yang turut naik ke atas pentas untuk menerima trofi anugerah berserta sijil.

Majlis anugerah pada malam itu berlangsung dengan sempurna sehingga jam 10 malam. Kami menzahirkan kegembiraan atas pengiktirafan yang telah diberikan oleh panel serta juri kepada kami.

Usaha kami untuk mencipta kejayaan tidak akan berhenti di sini; kami berazam untuk terus berusaha menakluki dunia tanpa sempadan dan menakluki puncak kejayaan yang lebih tinggi lagi! Kami berharap agar anda semua turut bersama-sama kami dalam perjalanan yang menakjubkan ini!