Hari Wanita Sedunia (IWD) didedikasikan untuk meraikan pencapaian dan memperjuang keadilan dan kesaksamaan para wanita. Tema tahun ini, “Pelaburan pada Wanita: Pemacu Kemajuan” menekankan kepentingan menyokong wanita dalam setiap aspek kehidupan mereka untuk mendorong kejayaan.
Memperkasa para wanita segalanya tentang memupuk serta meraikan keyakinan dan kekuatan mereka miliki. Melalui penyediaan persekitaran yang diperlukan, kita dapat mempercepatkan proses, membolehkan mereka mencapai kejayaan dan pencapaian lebih besar.
Meraikan keyakinan diri:
Keyakinan diri yang tinggi memotivasi wanita untuk mengejar impian mereka dengan lebih yakin, memperjuang hak untuk diri mereka sendiri serta merasa lebih bahagia. Melabur dalam aktiviti yang membuat para wanita berasa lebih baik tentang diri mereka dapat tingkatkan kualiti hidup serta bantu mereka untuk berjaya dalam kedua-dua kerjaya dan kehidupan peribadi. Ayuh beri sokongan kepada usaha meningkatkan keyakinan diri ini, memperkasa para wanita untuk mengejar impian mereka dengan penuh keyakinan.
Keyakinan dan kecantikan kebiasaannya berkait rapat. Standard kecantikan sedia ada sering membuat sesetengah wanita hilang keyakinan dengan diri mereka sendiri. Penerimaan bahawa setiap kecantikan itu berbeza dan unik, sebaliknya, dapat meraikan setiap individu serta memupuk dunia di mana semua orang dihargai dan tidak tersisih.
Ketika wanita melihat diri mereka diwakili dalam media dan iklan, ini meningkatkan keyakinan dan mengukuhkan rasa pemilikan mereka. Usaha menggalakkan keyakinan diri dan penerimaan positif terhadap tubuh badan dapat meningkatkan keyakinan para wanita, sekaligus memperkasa mereka menerima nilai dan potensi sebenar diri.
Sempena Hari Wanita Sedunia, BE ingin menyatakan komitmen terhadap pemerkasaan wanita, mengiktirafnya sebagai kunci pemacu kemajuan merentasi generasi. Kami membantu semua orang untuk memupuk rasa harga diri yang kuat, kecekalan, dan kemampuan untuk berjaya secara sendiri atau profesional melalui penggunaan produk BEYUL, yang terkenal dengan teknologi Proses Regenerasi Push & Pull bertaraf tinggi untuk meningkat prestasi kulit wajah, serta BElixz, memberi dorongan kepada anda untuk Hidup Lebih Baik, Inspirasi, Pengalaman dan Semangat Diri (BEtter Living, Inspiration, Experience and Zest).