BEyond Charity, BEyond Eternity: BE International Derma RM1.5 Juta kepada Hospital UTAR

Sebagai peneraju dalam industri jualan langsung produk kesihatan dan kesejahteraan, BE International terus memacu perniagaan globalnya yang berkembang pesat sambil berpegang teguh dengan falsafah “Menjangkaui Inspirasi Minda, Mencapai Kehidupan Abadi”, dan syarikat itu komited dalam meneruskan kerja-kerja amal, memanfaatkan semangat “BEYOND ETERNITY” yang diterapkan oleh BE.

Banyak pihak bersetuju secara amnya, bahawa hospital yang menyediakan perkhidmatan serba lengkap dan berkualiti mampu menyumbang kepada bidang perubatan dan penjagaan kesihatan. Pada tahun 2009, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) telah menubuhkan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan M. Kandiah (MK FMHS) berserta kursus berkaitannya di Kampus Sungai Long. Dengan fokus untuk memberikan perkhidmatan terbaik menerusi latihan doktor berkelayakan tinggi, penjagaan pesakit dan perkhidmatan perubatan, serta menyumbang kepada kesihatan masyarakat setempat, UTAR telah mengambil keputusan untuk melaksanakan kutipan dana bagi pembinaan Hospital UTAR.

Sebagai tanda sokongan terhadap projek pembinaan Hospital UTAR, BE International berbesar hati telah menyumbangkan sebanyak RM1.5 juta sebagai sokongan untuk pengumpulan dana pembinaan Hospital UTAR sekali gus memupuk persekitaran perubatan yang lebih maju.

Dalam suasana yang penuh bermakna, awal hari ini, wakil pengurusan BE International telah menghadiri majlis penyerahan sumbangan di Blok T&CM Hospital UTAR. Pengasas BE International, Ir. Lee Suet Sen dan Puan Ho Huey Chuin telah menyerahkan cek sumbangan kepada Presiden UTAR, Ir. Prof. Dato’ Dr. Ewe Hong Tat, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital UTAR, Puan Maria Khong, Pengarah Pusat T&CM, Prof. Madya Dr. Te Kian Keong, dan Presiden Persatuan Alumni UTAR Malaysia, Encik Simon Chong.

Sebagai sebuah syarikat jualan langsung antarabangsa dengan objektif utama untuk “membawa kesihatan dan kebahagiaan kepada semua orang,” sejak penubuhannya pada tahun 2017, BE International secara aktif telah menyokong pelbagai kumpulan sosial, menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan jumlah sumbangan melebihi jutaan ringgit.

Inisiatif ini merangkumi tujuh sumbangan kepada Yayasan Sin Chew, dengan tujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan serta memberikan bantuan kepada penduduk di kawasan yang ditimpa bencana. Selain itu, syarikat juga menjalinkan kerjasama dengan organisasi bantuan antarabangsa World Vision untuk menyediakan sokongan jangka panjang kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dari negara Myanmar, Vietnam, Kemboja dan Indonesia. BE International juga berbangga apabila dilantik sebagai Penaja Premium untuk program “30-Hour Famine” dan telah membantu banyak organisasi seperti rumah anak yatim, Hospital Sungai Buloh dan Pink Ribbon Wellness (L) Foundation.

Usaha-usaha murni kami nyata telah meraih sokongan serta pelbagai pengiktirafan, menambah kepada senarai kejayaan yang telah kami capai. Selain daripada berbagai-bagai anugerah dan trofi produk-produk yang kami terima, kami turut berbangga diberi pengiktirafan di Malaysia Health & Wellness Brand Award (Kategori CSR) bagi tahun 2019 dan 2022, Asia Responsibility Enterprise Awards (AREA)(Kategori Pemerkasaan Sosial) pada tahun 2019, Sustainability & CSR Malaysia Award pada tahun 2020, dan 3G Best CSR Campaign Awards pada tahun 2021.
Meskipun kami terus aktif mengembangkan perniagaan serta menginovasi produk berkualiti, kami tetap teguh dalam komitmen kami terhadap tanggungjawab sosial. Seiring dengan perjalanan kami ke hadapan, kami bertekad untuk memperdalamkan penglibatan kami terhadap aktiviti amal, di samping mendukung falsafah  “Menjangkaui Inspirasi Minda, Mencapai Kehidupan Abadi