BEraya BErsama 2024 : Terokai Peluang Keemasan serta Sambut Kemakmuran Bersama-sama

Ketibaan Hari Raya Aidilfitri menandakan pengakhiran Ramadan, bulan puasa umat Islam. Kini, adalah masa untuk menyambut kemeriahan perayaan, membuat refleksi diri untuk rohani, dan mengerat hubungan di kalangan komuniti.

Bagi menghormati perayaan penuh keceriaan ini, BE International telah menyambut “BEraya BErsama 2024” di Ibu Pejabat Malaysia dan Pejabat Singapura.

Suasana dipenuhi pelbagai aroma enak daripada manisan serta riuh dengan gelak tawa para tetamu yang hadir. Beberapa gerai dibuka di lokasi acara, menawarkan pelbagai kudapan nostalgik dan klasik seperti gula-gula kapas, bertih jagung dan bihun goreng. Photobooth yang turut disediakan di acara mendapat sambutan hangat oleh para tetamu untuk merakam detik bermakna yang akan diingati untuk tahun-tahun mendatang.

Acara kami juga menawarkan peluang-peluang yang menarik dengan adanya ‘Purchaser Draw’ dan ‘Lucky Dip & Win’. Lebih kurang 500 hadiah telah dimenangi oleh tetamu kami, menambah kemeriahan perayaan.

Di tengah-tengah keseronokan, ‘Peluang Keemasan’ adalah elemen utama pada petang itu. Acara tersebut mencapai kemuncaknya semasa Sesi Forum, di mana RCCA Afrohah, RCCA Haslinda, dan RCCA Adibah memberikan pandangan transformatif mengenai ‘Lakukan Perubahan Demi Masa Depan yang Cemerlang,’ memberi inspirasi kepada para hadirin untuk membina matlamat dan membentuk masa depan yang cemerlang. Prospek baru diperkenalkan dengan peluang tanpa had BE, belajar bagaimana mereka boleh berkomunikasi dan mendapat manfaat dengan menjadi sebahagian daripada komuniti kami. Ia merupakan peluang hebat untuk tetamu saksikan bagaimana mereka boleh berkembang dan maju dengan BE.

“BEraya BErsama 2024” bukan sekadar sambutan sebuah perayaan; ia merupakan satu manifestasi mencorak perpaduan, kegembiraan, dan usaha bersama dalam mencapai pencapaian baru. Kami begitu bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan acara dengan jayanya. Semoga kita dapat bertemu lagi di acara akan datang di mana kita menyambut, belajar serta terus maju bersama-sama.