BE International Raih Anugerah Pengalaman Pelanggan Terbaik CXP Buat Kali Kedua Berturut-Turut

BE International sentiasa memberi tumpuan kepada Pengalaman Pelanggan (CX) sebagai keutamaannya, dengan memastikan pengalaman yang konsisten terhadap semua pihak, sama ada daripada pengedar baharu hingga kepada pelanggan kami yang setia. Komitmen ini yang mengukuhkan lagi tekad dan dedikasi kami, telah membawa kepada kemenangan buat kali kedua berturut-turut di Anugerah Pengalaman Pelanggan Terbaik CXP 2023.

Sebagai sebuah organisasi jualan langsung yang terkemuka, pengiktirafan ini mencerminkan kesungguhan kami dalam menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh, sambil menyentuh hati serta meninggalkan impak positif kepada 400,000 orang pengedar kami. Pendekatan holistik kami berpaksikan kepada tiga nilai utama: kredibiliti, kesinambungan dan komitmen.

Kredibiliti kami terserlah melalui pelbagai penghargaan dan penganugerahan yang diterima atas keunggulan produk inovatif kami, yang memberikan jaminan pelaburan pelanggan yang berkualiti. Kami turut memperkasakan para pengedar dengan penyediaan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, bermula daripada acara konvensyen hingga ke bengkel seminar demi memastikan mereka sentiasa berada di aliran perkembangan terkini dan menyokong kesinambungan dalam landskap industri yang penuh dinamik.

Selain memberikan tumpuan kepada urusan perniagaan, kami juga memberikan keutamaan terhadap perkembangan dan peningkatan kejayaan para pengedar kami melalui pelbagai program bimbingan dan pembelajaran yang berterusan. Kami sentiasa berusaha memupuk persekitaran kecemerlangan dan komuniti yang kondusif. Komitmen kami untuk meningkatkan Pengalaman Pelanggan ini bukan sahaja dapat memperkukuhkan hubungan, tetapi juga untuk membawa jenama kami ke peringkat yang lebih tinggi.

Di BE International, fokus kami kekal utuh – iaitu untuk mencipta pengalaman mendalam yang memberikan impak kepada setiap individu, sama ada pengedar atau pelanggan kami.

Sorotan Utama Majlis Anugerah:

Majlis anugerah berprestij itu telah berlangsung pada 7 Disember 2023, di Hotel One World, Malaysia, yang turut menyaksikan Ir. Lee Suet Sen, Pengasas, Presiden & Pengarah Urusan Kumpulan, menerima anugerah atas pencapaian cemerlang bagi pihak BE International.

Turut hadir bersama-sama di dalam majlis penerimaan anugerah ini ialah Pengasas & Naib Presiden Eksekutif, Puan Ho Huey Chuin, dan juga pengurusan kanan BE International.

BE International sangat gembira dan berasa dihormati kerana diiktiraf dengan anugerah ini, menjadikan kami di kalangan penerima terkemuka anugerah CXP pada masa lampau, termasuk KPJ Puteri Specialist Hospital, Telekom Malaysia Berhad (TM), Multimedia University (MMU), Top Glove Corporation Bhd, dan beberapa lagi.

Mengenai Anugerah CXP Asia

“Anugerah Pengalaman Pelanggan Terbaik CXP” yang dianjurkan oleh CXP Asia merupakan satu-satunya anugerah serantau yang pertama dengan kehadiran signifikan dalam empat pasaran, termasuk Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Thailand. Anugerah ini memberikan pengiktirafan kepada kecemerlangan tertinggi dalam pengalaman pelanggan. Keunikan anugerah ini dinilai menggunakan pendekatan unik, di mana ia dinilai oleh pelanggan organisasi itu sendiri. 

Memenangi Anugerah Pengalaman Pelanggan Terbaik CXP buat kali kedua berturut-turut menunjukkan komitmen kukuh BE International dalam menghasilkan produk dan memberikan perkhidmatan yang luar biasa.

Memahami bahawa jangkaan dan permintaan pelanggan akan terus berkembang, syarikat kami komited untuk terus kekal sebagai peneraju dalam inovasi, serta memastikan setiap interaksi dengan pelanggan disertakan dengan prinsip kredibiliti, kesinambungan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi demi mencapai tahap kepuasan yang memberangsangkan.

BE International berharap agar perjalanan kecemerlangan ini diteruskan dan ia akan menetapkan satu standard baharu untuk pengalaman pelanggan pada masa akan datang.