BE Bervisi [BE International X World Vision]

BE International senantiasa percaya bahawa kanak-kanak bukan sahaja aset tertinggi masyarakat tetapi juga harapan terbesar untuk penambahbaikan berterusan. Sebarang bantuan yang diberikan kepada mereka adalah pelaburan yang memberikan harapan kepada masa depan yang lebih baik dan cerah.