Anda Ialah Apa Yang Anda Makan. Membina pertahanan badan anda dengan nutrien yang hebat.

Begitu pantas masa berlalu, dan kita telah menghampiri penghujung tahun, suatu masa yang menandakan musim perayaan dan percutian kini telah tiba. Sudah pastinya, ini merupakan waktu di mana kita menyaksikan pelbagai perjumpaan, jamuan makan, dan sambutan perayaan yang meriah akan berlangsung. Namun, penting bagi kita untuk sentiasa peka terhadap realiti semasa, terutama dengan peningkatan kes COVID-19 yang semakin meningkat, khususnya pada musim cuti, lebih-lebih lagi di negara-negara Asia.

Musim perayaan atau cuti seharusnya menjadi waktu untuk kita meraikan kegembiraan dan kebersamaan. Walau bagaimanapun, ini ialah peringatan buat semua! Adalah penting bagi kita untuk mengutamakan kesihatan dan keselamatan, dan ianya perkara yang tidak boleh dipandang ringan. Gabungan amalan bertanggungjawab dan pemakanan yang sihat adalah penting dalam melindungi badan kita serta meningkatkan keupayaan sistem imun dalam melawan serangan virus.

Pemakanan seimbang bukan hanya tentang pengurusan berat badan; ia juga memainkan peranan penting dalam menyokong kesihatan secara keseluruhan. Ini termasuklah peningkatan metabolisme dan peningkatan fungsi sistem imun. Marilah kita meneroka dengan lebih lanjut mengenai hubung kait kompleks antara pemakanan seimbang, peningkatan metabolisme dan bagaimana semua ini menyumbang kepada pengukuhan sistem imun kita.

Memahami Perkara Asas:

Menjaga keseimbangan dalam pemakanan anda bukan sahaja menyokong metabolisme yang sihat tetapi juga menguatkan sistem imun. Dengan menggabungkan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien, kita boleh melindungi badan kita daripada serangan luaran, seperti virus, selesema dan bakteria. Langkah pertama ialah memastikan badan kita menyerap nutrien yang baik dan mencukupi.

Produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE, yang mengandungi Fikosianin, Klorofil dan Beta-karotena dalam formulanya, menawarkan antioksidan yang kuat untuk menghapuskan radikal bebas. Ini membantu dalam memperlahankan pengoksidaan serta mencegah keradangan, yang berpotensi membantu dalam mencegah penyakit kronik. Formulasi BElixz SPIRULINA CHEWABLE juga membantu badan dalam membuang logam berat dan melindungi hati, serta membantu dalam mengatasi kekurangan nutrisi.

Selain itu, metabolisme dan sifat antioksidan yang tinggi adalah penting untuk menyokong sistem imun serta menjaga kesihatan secara keseluruhan. Metabolisme bertindak menukarkan nutrien daripada makanan biasa menjadi tenaga yang boleh digunakan oleh sel-sel untuk meningkatkan imuniti. Formulasi produk BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL mengandungi 98 jenis tumbuhan, termasuk pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran. Bahan-bahan ini berfungsi secara sinergistik untuk mengaktifkan enzim sehingga kepada peningkatan metabolisme kita. Perkara ini membantu menyokong sistem imun dengan melindungi sel-sel imun daripada kesan jangkitan yang berbahaya.

Selain itu, ia sangat penting untuk memastikan sistem imun kekal kuat agar kita dapat menikmati masa cuti dengan sepenuhnya. Sistem imun yang kuat berperanan melindungi badan kita daripada jangkitan dan virus dari luar. Produk BElixz SHIRUTO, yang dirumuskan dengan ramuan unik dan dipatenkan ‘IP-PA1’, membekalkan nutrien penting untuk sel-sel imun yang dikenali sebagai makrofaj. IP-PA1 bertindak sebagai penggalak, yang mengaktifkan makrofaj kita untuk lebih efektif dalam menghapuskan jangkitan virus pada tahap awal.

Ingat, kunci utama kepada semua perkara ini ialah konsistensi dan kepelbagaian. Amalan gaya hidup seimbang merupakan pelaburan untuk kesihatan jangka panjang. Pengambilan suplemen dengan berkesan adalah penting untuk memastikan kita mendapat bekalan nutrien yang mencukupi, kerana mendapatkan semua nutrien yang diperlukan hanya daripada sumber makanan sahaja adalah agak sukar. Pendekatan ini penting untuk membantu meningkatkan metabolisme dan imuniti kita.