Nikmati Keberkatan Bulan Ramadan Dengan Kebaikan SPIRULINA!

Apabila anda memulakan perjalanan rohani anda pada Ramadan ini, adalah penting untuk menjaga diet yang sihat dan seimbang untuk mengekalkan tahap tenaga anda agar tidak berasa lemah atau letih.

Mempertahankan nutrisi dan tenaga anda pada Ramadan dengan memberikan tambahan kepada makanan anda dengan SPIRULINA – makanan super yang kaya dengan nutrisi sebagai sebahagian daripada diet ‘sahur’ dan ‘iftar’ anda!

Membantu Melengkapkan Diet yang Tidak Seimbang Semasa Berpuasa

SPIRULINA adalah sumber nutrisi serba lengkap yang merangkumi protein, lemak sihat, karbohidrat, vitamin, mineral dan antioksidan yang dapat menggantikan nutrien yang mungkin kurang daripada diet seseorang semasa tempoh berpuasa di mana pengambilan makanan dihadkan.

Meningkatkan Tahap Tenaga

Berpuasa sering mengakibatkan keletihan dan tenaga rendah. SPIRULINA menyumbang kepada tahap tenaga yang tinggi dan membantu dalam pelepasan tenaga1 kerana ia mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk penghasilan tenaga, memberikan anda tenaga untuk menghadapi aktiviti harian.

Menguatkan Sistem Imun Anda

SPIRULINA adalah tinggi dengan antioksidan yang membantu menghapus radikal bebas dan menghalang keradangan2 untuk melindungi sel badan daripada kerosakan oksidatif3. Ini boleh menjadi sangat berguna semasa Ramadan di mana badan mungkin mengalami tekanan yang lebih tinggi disebabkan oleh perubahan dalam corak pemakanan.

Lebih Mudah Dicerna

SPIRULINA tidak mempunyai dinding selulosa dan oleh itu dapat dicerna dan diserap4 dengan mudah oleh tubuh manusia.

Jadikanlah SPIRULINA sebahagian daripada diet Ramadan anda dan rasai bezanya dalam tahap tenaga dan keseluruhan kesejahteraan anda.

Rujukan:

1. 4 Evid Based Complement Alternat Med. 2011; 2011: 531053.

2. Journal of Medicinal Food 13 (2010)

3. Biomed Pharmacol J 2013; 6(2)