Menjelang tahun baharu, adakah anda mengimpikan tahun yang lebih sihat dan penuh keceriaan? Mari kita mulakan dengan salah satu aset terpenting yang sering anda gunakan setiap hari; mata anda! Penglihatan yang tajam bukan sekadar simbol kecantikan, malah lebih kepada kejelasan dalam melihat matlamat hidup anda dengan jelas dan keyakinan untuk mencapainya.
Penggunaan skrin yang berlebihan, stres dan amalan pemakanan yang tidak sihat boleh merosakkan penglihatan anda serta menimbulkan rasa kecewa. Cuba bayangkan kesukaran untuk mendaki gunung menggunakan kompas yang rosak dan penglihatan yang kabur, kejayaan pasti lebih sukar untuk dicapai.
Di sinilah peranan BElixz menjadi penting!
1. BElixz I-VXION diperkaya dengan pelbagai nutrien penting seperti Lutein, Zeaxantin, Meso-Zeaxantin, Delfinidin dan Antosianin. Ia berperanan untuk melindungi mata anda daripada sinaran cahaya biru yang merbahaya, meningkatkan penghasilan air mata, memperbaiki peredaran darah, mengoptimumkan tekanan okular serta membantu mengurangkan risiko kehilangan penglihatan. BElixz I-VXION juga membantu dalam mengurangkan ketegangan mata dan memelihara penglihatan yang baik. Selain daripada memelihara mata dengan pengambilan nutrisi yang betul, anda juga disarankan untuk mengurangkan pendedahan terhadap cahaya biru: seperti berehat daripada penggunaan skrin berlebihan, menggunakan penapis cahaya biru dan mengelakkan pandangan langsung kepada sumber cahaya yang terang, terutama pada waktu malam.
Matlamat anda mampu dicapai apabila anda memiliki fokus dan keazaman apabila melihat dengan jelas. Tambahan pula, tubuh yang sihat, yang disokong oleh pemakanan berkualiti dan rutin senaman yang konsisten, memberikan anda kekuatan dan tenaga yang diperlukan untuk menghadapi segala cabaran dengan penuh keyakinan.
2. BElixz SlendGlow membantu anda mencapai berat badan ideal dengan cara yang sihat! Diformulasikan dengan 11 jenis herba semula jadi yang telah terbukti secara saintifik dan berfungsi secara sinergi untuk meningkatkan pembakaran lemak, mengurangkan rasa lapar, menghalang penyerapan lemak, serta mengurangkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat. Elakkan pemakanan yang tidak sihat, mula bersenam dengan kerap dan lengkapkan program penurunan berat badan anda dengan BElixz SlendGlow untuk menyaksikan keajaiban transformasi yang ditawarkan oleh kehebatan alam semula jadi untuk mencapai berat badan ideal anda.
Penglihatan yang jelas bermula dengan penjagaan mata dan kesihatan badan anda. Dengan produk BElixz, anda dapat menyambut tahun baharu dengan penglihatan yang lebih tajam dan cerah, meningkatkan keyakinan diri serta bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran dan merealisasikan impian anda dengan penuh semangat!