Salah satu Komponen Penting dalam Metabolisme

Metabolisme merujuk kepada rangkaian tindak balas kimia yang melibatkan penukaran makanan kepada tenaga. Badan manusia memerlukan tenaga untuk melakukan rutin harian, termasuk melakukan pergerakan fizikal, berfikir, dan tumbesaran yang sempurna.

Tindak balas kimia metabolisme dikawal sepenuhnya oleh protein-protein tertentu di dalam badan. Ribuan reaksi metabolik berlaku secara serentak yang dikawal sepenuhnya oleh badan bagi memastikan sel-sel kita sihat dan berfungsi dengan baik.[1] 

Apakah Komponen Penting dalam Metabolisme?

Enzim bertindak untuk mempercepatkan atau mengawal kadar tindak balas kimia yang terlibat dalam proses metabolisme ini. Tenaga daripada bahan kimia ini dilepaskan kepada badan atau disimpan dalam tisu badan, terutamanya hati, otot dan lemak badan. 

  • Pencernaan: Membantu badan dalam pemecahan molekul yang lebih besar dan kompleks, seperti glukosa.
  • Replikasi DNA: Apabila sel dibahagikan, ia perlu menghasilkan salinan DNAnya. Enzim membantu di dalam proses ini dengan membuka gegelung DNA.
  • Hati : Organ hati menggunakan enzim yang pelbagai dalam pemecahan bahan berbahaya di dalam badan.

Adakah enzim akan berkurangan di dalam badan kita?

Walaupun badan anda menghasilkan beberapa enzim semula jadi, namun apabila kita semakin tua, penghasilan enzim oleh badan kita juga semakin berkurangan, bahkan ia boleh menurun lebih daripada 60% apabila mencapai usia 55 tahun. Untuk menangani isu-isu kesihatan yang berkaitan dengan penuaan, adalah penting untuk meningkatkan tahap enzim dalam tubuh badan dan memerangi masalah degeneratif.[3] Pilihan makanan harian kita dapat memberikan tambahan tenaga yang berpotensi, atau bahan bakar, yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi dengan normal, dengan mendapatkan sebahagian besar enzim pencernaan melalui pemakanan kita, terutamanya dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan. Garis Panduan Pemakanan Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar kita mengambil 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Amalan ini dapat membantu mengurangkan risiko sindrom metabolik seperti kanser, penyakit kardiovaskular, diabetes jenis 2, dan obesiti. Walau bagaimanapun, sekitar 85-95% penduduk Malaysia tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam jumlah yang mencukupi.[4&5] 

Jadi… adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah anda mampu untuk mengambil sekurang-kurangnya 2 hidangan buah-buahan + 3 hidangan sayur-sayuran setiap hari?

Jangan risau! BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL adalah jawapannya! Produk inovatif ini dirumus khas dengan gabungan 98 jenis buah-buahan & sayur-sayuran yang telah menjalani penapaian semula jadi selama 8 tahun menggunakan teknologi tradisional Jepun. Kemudian, ianya dipadatkan menjadi bola kunyah kecil yang membolehkan penyerapan yang lebih baik, menyokong fungsi enzim dan menggalakkan metabolisme yang sihat. BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL boleh menjadi pilihan utama anda untuk memberikan rangsangan tambahan kepada aktiviti enzim dan mempercepatkan metabolisme anda! Klik pautan ini https://beintl.com/belixz/zencoso-chewable-ball/ untuk maklumat yang lebih lanjut!

[1] Nemours KidsHealth, 2019

[2] Medical News Today, 2019

[3] Charles Hallquist, Enzymes & Longevity, 2022 

[4 & 5] New Straits Time, 2017 & 2022