Selepas lebih 15 tahun menerajui perniagaan MLM, impian terbesar Elaiyakumaran (Kumar) ialah untuk pergi global dan membantu lebih ramai orang mencapai apa yang telah beliau capai. Sementara itu, impian Shangeri pula adalah untuk sentiasa berjaya dari segi kerjaya dan kewangan, serta untuk mengembara ke seluruh dunia bagi membantu lebih ramai orang memperolehi kesihatan yang lebih baik.
Suami: Saya mahu ke peringkat antarabangsa
“Orang terkaya di dunia mencari dan membina rangkaian; di mana orang lain pergi mencari pekerjaan.” Pepatah oleh seorang usahawan berjaya inilah yang memberi inspirasi kepada Kumar untuk berhenti kerja pejabat selama 5 tahun untuk menjalankan perniagaan MLM 13 tahun lalu. Sejak itu, beliau telah membina kerjaya MLM yang berjaya di Malaysia dan mencapai impiannya – kehidupan yang lebih baik untuk ibunya, serta kebebasan kewangan dan masa.
Masih belum puas, beliau meletakkan matlamat lebih tinggi, dan BE membantunya. “Saya mahu pergi ke peringkat antarabangsa, untuk melangkaui zon selesa saya. BE menyediakan bukan sahaja produk yang menakjubkan dan e-platform, tetapi kami mempunyai satu faktor kejayaan yang tidak ternilai – pengasas kami. Mereka adalah pemimpin yang berjaya dengan pengalaman MLM selama beberapa dekad, dan mereka memimpin kami dengan satu misi khas – untuk pergi ‘BEyond Inspiring Minds, Touching Lives For Eternity’. Di BE, kami sentiasa mempelajari perkara baharu dan impian kami semakin besar hari demi hari.
Isteri: Kesihatan adalah fokus utama saya
Seorang pegawai perubatan dengan Kementerian Kesihatan, Shangeri menyokong bahawa
merawat seseorang dengan tidak bergantung semata-mata kepada ubat-ubatan, tetapi lain-lain alternatif yang terbukti selamat dan tidak invasif. “Produk BE terutama Aulora Pants banyak membantu menyelesaikan banyak masalah kesihatan. Sesuatu yang menakjubkan harus dikongsi,” tegasnya. “Fokus saya adalah untuk membantu orang ramai. Saya bertemu dengan orang dari yang latar belakang yang berbeza yang mengimpikan perubahan, yang berazam untuk berjaya dalam kehidupan mereka. Apa yang lebih menggembirakan daripada membantu mereka?”
Pasangan: BE adalah jawapan kepada pencarian kami
“Gaji terakhir saya sebagai orang yang hanya makan gaji ialah RM2760 dan saya mengambil masa selama 5 tahun mencapainya. Jika saya masih memegang jawatan itu, saya mungkin memperoleh RM5000-6000 sebulan sekarang. Tetapi dalam MLM, pendapatan anda boleh jadi berkali-kali ganda daripada itu, tetapi ia haruslah dilakukan dengan syarikat yang betul,” kata Kumar.
Pada masa kini, MLM dianggap sebagai kerjaya yang berdaya maju, tidak seperti tahun-tahun dahulu apabila orang akan mengerutkan dahi apabila mendengar “jualan langsung”. Dengan pesatnya perniagaan dalam talian, maka meletakkan MLM di platform dalam talian telah menjadi suatu megatrend! “Ramai orang yang berada di dalam industri MLM kerana umum mengetahui bahawa MLM adalah cara yang hebat untuk mencapai kewangan dan kebebasan masa. Persoalannya ialah: Syarikat manakah yang akan membantu anda berjaya dengan paling pantas? Dan sejauh mana anda boleh pergi? Sesiapa sahaja boleh berjaya dalam MLM tetapi berapa lamakah masa yang akan diambil dan sejauh mana anda boleh pergi?