Hati Anda, Kesihatan Anda. Mari kenali apa yang baik untuk hati anda!

EKSTRAK BIJI BROKOLI

  • Komponen aktif, glukoraphanin, dijumpai dalam kepekatan tertinggi dalam biji brokoli.
  • Glukoraphanin, juga dikenali sebagai sulforaphane glucosinolate (SGS), merupakan pendorong semula jadi yang paling kuat bagi enzim detoksifikasi fasa 2 untuk menyingkir toksin daripada badan.
  • Membantu hati dalam menyokong proses detoksifikasi secara semula jadi.
  • Memberi sokongan berkesan terhadap tekanan oksidatif dan meningkatkan kesejahteraan secara keseluruhan.

EKSTRAK MILK THISTLE

  • Ekstrak herba terpiawai yang kaya dengan silymarin.
  • Membantu tingkatkan kemampuan regenerasi hati.
  • Juga memberi perlindungan kepada hati dengan menstabilkan membran sel hati.
  • Melindungi dan meningkatkan tahap glutathione (penyingkiran bahan berbahaya). 

EKSTRAK ARTICOK

  • Ia merangsang aliran hempedu.
  • Membantu dalam masalah pencernaan dan meningkatkan fungsi hati.
  • Mengandungi antioksidan, *hepatoprotektif, serta keupayaan untuk mengawal sintesis kolesterol
  • *Kesan hepatoprotektif (mengurangkan kecederaan hati disebabkan oleh agen hepatotoksik, seterusnya dapat mencegah kerosakan hati).

EKSTRAK KUNYIT

  • Tetrahydrocurcuminoids (THCs) adalah ekstrak berpaten daripada kurkuminoid kuning yang terdapat dalam kunyit.
  • THCs mempunyai bioavailabiliti dan kestabilan pH yang lebih baik berbanding dengan ekstrak kunyit biasa. 
  • Mempunyai antioksidan yang lebih kuat berbanding kurkumin. THCs bertindak sebagai antioksidan yang kuat, *penghalang proses peroksida lipid dan juga agen anti-radang.

EKSTRAK OAKWOOD PERANCIS

  • Satu ekstrak semula jadi yang dipatenkan dari Oakwood Perancis, merupakan sumber khusus kepada polifenol roburin yang baik untuk kesihatan.
  • Membantu mitokondria (pusat penghasilan tenaga sel) menghasilkan lebih banyak tenaga untuk memastikan kecekapan tenaga maksimum.
  • Meningkatkan tahap tenaga dan mengurangkan keletihan.
  • Meningkatkan mood dan mengurangkan insomnia.

Sumber:
-Sulforaphane Glucosinolate Monograph, 2010
-Molecule, 2019
-Iranian Journal of Basic Medical Sciences, 2011
-Literature Education Series On Dietary Supplements, 2006
-Plant Foods Hum Nut, 2015
-Molecules, 2014
-Journal of Medicinal Food, 2021
-Horphag Research, 2024
-Oxidative Medicine and Cellular Longevity, 2014