Kebanyakan orang di BE International mengenali RCCA T.Y. Low, superman muda yang sentiasa hadir dengan senyuman dan tenaga yang menjadi “trademark”nya. Kehadirannya memancarkan keyakinan dan semangatnya, iaitu sentiasa menggalakkan orang di sekelilingnya untuk menjadi sebaik yang boleh. Walaupun tidak merahsiakannya, permulaan beliau di BE International masih mengejutkan orang ramai sehingga hari ini.
Sebagai seorang yang sifatnya berpencapaian tinggi, T.Y. dilatih untuk menjadi seorang peguam dan telah berkecimpung di dalam bidang itu selama lima tahun, dan dalam segala segi, beliau begitu tidak gembira. Dengan segala kelebihan yang ada, beliau memberikan yang terbaik ke dalam bidang ini hanya untuk mendapati dirinya berada dalam gabungan tidak sihat iaitu antara taraf hidup dan tekanan mental. Ketika menemui BE, beliau segera mengetahui bahawa inilah detik perubahan hidupnya.
Beliau mengambil risiko dan mendedikasikan dirinya ke dalam usaha baharu ini, serta mengelirukan ramai orang tetapi ia memberi kebebasan buat dirinya, dan itulah perkara yang paling penting. Seperti kebanyakan orang, cabaran pertama beliau ialah memikirkan cara menjual produk utama syarikat AULORA PANTS with KODENSHI®. Bagi peguam muda ini dan kelayakan pendidikannya, cabaran ini bagaimanapun membuat beliau buntu.
“Saya bertungkus lumus kerana saya tidak tahu pun bagaimana untuk menjual Seluar Aulora. Ia kelihatan seperti seluar legging hitam biasa yang anda boleh dapatkan di pasar malam. Tetapi jelas sekali harganya bukan harga pasar malam!”
Melalui kerja keras, kerendahan diri, dan kemahuan yang tinggi, superman muda yang kita kenali ini meneliti dan menguji produk itu tanpa henti, sambil menyatakan bagaimana seluar ini memberikan hasil yang lebih baik ketika bersenam kepada seorang lelaki muda sepertinya. Kesan tambahannya pula ialah hakikat bahawa ia adalah penguat keyakinan utama kepadanya dalam apa jua keadaan, terutamanya apabila berkongsi di hadapan orang ramai.
Sesuai dengan semangat dan perwatakan mudanya, T.Y. kini menggambarkan perasaan memakai AULORA PANTS with KODENSHI® sebagai “perasaan seperti saya seorang superman dengan kostum adiwira yang sempurna!” Ada kalanya, pakaianlah yang menentukan kelelakian seseorang.
Penafian:Testimoni ini menggambarkan pengalaman sebenar pengguna tersebut. Ia tidak mewakili hasil biasa, atau menyatakan pandangan dan pendapat BE International. Hasil mungkin berbeza bagi setiap individu.