Daripada seorang pengguna menjadi kepada salah seorang dari Top 1 Sponsor dan Top Ambassador Producer Worldwide.
Ayuh kita selami perjalanan Puan Didiyana Ehsan bersama BE International dalam masa 13 bulan sahaja.
Didiyana Ehsan ialah seorang isteri dan juga seorang ibu kepada seorang anak. Beliau bekerja sebagai Hijab Stylist dengan pengalaman selama 12 tahun. Beliau banyak bekerjasama dengan beberapa jenama terkemuka di Malaysia seperti Uniqlo, dUCk dan juga Jovian Mandagie.
Selain bekerjasama dengan beberapa jenama terkemuka di Malaysia, beliau juga sering manata gaya untuk artis terkenal di Malaysia seperti Dato Seri Siti Nurhaliza, Neelofa dan ramai lagi.
Oleh sebab kesibukan beliau bekerja dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, beliau kerap menghadapi masalah kesihatan iaitu kekejangan kaki dan sengugut.
Puan Didiyana Ehsan mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan produk Aulora Pants. Akan tetapi apabila di ajak untuk berkecimpung secara serius bersama BE International, beliau enggan atas sebab-sebab tertentu.
Ada pada satu ketika, beliau ternampak siaran di media sosial berkenaan orang yang menghadapi masalah yang sama seperti beliau sebelum menggunakan produk Aulora. Perkara itu telah membuatkan beliau sedar yang beliau perlu membantu orang lain untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik.
Sejak daripada itu, Puan Didiyana Ehsan mula bergiat aktif bersama BE International dalam berkongsi kebaikan yang dirasai apabila menggunakan produk yang betul kepada orang ramai.
Dalam tidak sedar, beliau sudah mencapai tahap diangkat menjadi Top 1 Sponsor dan Top Ambassador Producer Worldwide dan telah mencapai kesemua sembilan manfaat di BE International seperti dana kereta dan dana rumah.
Dalam keikhlasan niat beliau untuk membantu orang lain, tuhan membukakan untuk beliau rezeki yang melimpah-ruah. Tahniah kami ucapkan dan semoga lebih ramai bersemangat untuk berjaya bersama-sama seperti Puan Didiyana Ehsan.