Inilah Sebabnya Kulit Anda Mula Penuaan Dan Cara Menjaga Kulit Anda.

Ini adalah tiga punca utama mengapa tanda penuaan anda muncul lebih awal daripada waktu yang sepatutnya.

  1. Sinaran Matahari Yang Berlebihan

    Sinaran UV matahari yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kolegen pada kulit muka anda. Apabila kolegen pada kulit muka anda rosak, ia akan menyebabkan kulit muka anda menjadi kering.

    Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan lapisan pelindungan pada kulit dengan BEYUL Sunscreen SPF 50++. Dengan bahan-bahan yang terkandung didalamnya seperti Adenosine & Niacinamide yang dapat mengurangkan kedutan penuaan dan mengembalikan keanjalan pada kulit anda.

    Kandungan lain seperti SPF 50 PA+++ dapat menghalang sinaran UVA & UVB dari merosakkan kulit anda.

  1. Dehidrasi

    Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan kulit anda menjadi kusam, kering dan menyebabkan kedutan.

    Dengan pengambilan air yang mencukupi untuk tubuh badan anda, anda bukan sahaja dapat memastikan kulit muka anda bersih dan tidak kusam. Malah, anda juga dapat memastikan sistem pencernaan tubuh badan, antibodi dan kekuatan mental anda di tahap yang bagus.

  1. Tidur Cukup Tidur

    Akibat daripada kekurangan waktu tidur akan menyebabkan kulit muka anda kusam dan memberikan anda kesan lingkaran hitam pada bawah mata.

    Dengan tidur yang lena, ia dapat merangsang hormon pertumbuhanyang penting dalam menentukan pertumbuhan manusia terutamanya dalam proses tumbesaran kanak-kanak seperti perubahan tinggi badan, stamina, dan banyak lagi.

    Selain itu, tubuh anda juga akan melakukan proses detoksifikasi dan ia sangat penting untuk mengeluarkan racun dan zat-zat yang sudah tidak diperlukan oleh tubuh badan. Kebiasaannya, bahan-bahan nyah kuman ini berlaku di bahagian hati, hempedu, paru-paru dan sebahagian usus besar.